Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Terdapat 3 kaum terbesar di
Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Selain itu, terdapat begitu banyak
jenis perayaan di Malaysia. Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya
Aidiladha, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Pada waktu perayaan ini dapat dilihat
semua keluarga berkumpul bersama-sama untuk menyambut bersama keluarga mereka.
Sesiapa yang tinggal di kawasan bandar akan pulang ke kampung untuk menyambut
perayaan di sana. Sausana di kampung adalah lebih meriah berbanding di bandar.
Apabila waktu perayaan juga kita dapat lihat pelbagai jenis makanan dan
pakaian. Sebagai contoh, bagi masyarakat Melayu, ketupat dan lemang merupakan
makanan wajib pada waktu perayaan. Manakala bagi masyarakat Cina, kuih bulan
adalah kuih wajib sempena Tahun Baru Cina dan bagi masyarakat India, muruku
adalah makanan wajib bagi perayaan Deepavali. Perkahwinan di Malaysia juga
mempunyai pelbagai jenis oleh kerana Malaysia didominasi oleh 3 kaum masyarakat
yang berbeza budaya dan agama iaitu masyarakat Melayu, Cina dan India.
Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar di Malaysia iaitu sebanyak
58.1%. Agama orang Melayu iaitu
agama Islam merupakan agama terutama di Malaysia. Penganut agama Islam
perlu bersolat lima kali sehari dan lelaki khususnya diwajibkan untuk
solat Jumaat di masjid pada setiap hari Jumaat. Kaum Melayu menyambut Hari
Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji, atau dikenali hari Raya Korban. Sebelum
menyambut perayaan hari Raya Aidilfitri, mereka perlu berpuasa selama sebulan
atau 30 hari. Kaum Melayu mula berpuasa pada bulan Ramadan dan menyambut Hari
Raya Aidiltri pada bulan Syawal.
Kaum
Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua besar. Kira kira 31.5%
daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina. Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha atau Kristian. Bagi
penganut agama Buddha, mereka akan pergi tokong untuk bersembahyang. Mereka
biasanya bersembahyang pada hari pertama dan hari ke-15 pada kalender cina
setiap bulan. Penganut agama Buddha menyambut Hari Wesak. Bagi kaum Cina yang beragama Kristian, mereka akan pergi ke gereja pada
hari Ahad untuk bersembahyang manakala perayaan terbesar penganut Kristian
ialah Hari Krismas. Kaum Cina turut menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru
Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum Cina. Hal ini
membolehkan semua ahli keluarga dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka
boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia.
Kaum India pula merangkumi 10% daripada penduduk Malaysia. Masyarakat
India terdiri daripada orang Tamil, Malayali, Sikh, Telugu dan lain-lain.
Kebanyakan kaum India beragama Hindu dan seterusnya diikuti Kristian dan Sikh.
Kaum India mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi dan juga mempercayai
balasan baik dan buruk selepas kematian. Kaum India menyambut perayaan
Deepavali. Perayaan Deepavali disambut dengan penuh kegembiraan sebagai tanda
kemenangan menurut kepercayaan masyarakat Hindu. Kejayaan
kebaikan mengatasi kejahatan turut dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Perayaan
Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar
Tamil iaitu antara bulan Oktober dan November.
PERKAHWINAN
Perkahwinan
merupakan hubungan terikat antara dua orang yang diiktiraf oleh pihak berkuasa
sivil dan diikat oleh kepercayaan agama masing-masing. Selain itu, menurut ahli
antropologi dan sosiologi, perkahwinan adalah satu kontrak sosial yang sah di
sisi masyarakat antara dua atau lebih orang yang membawa kepada hubungan yang
menentukan hak dan tanggungjawab antara dua individu terbabit, anak-anak mereka
dan saudara-mara. Ia melambangkan sesuatu yang kekal tentang hubungan yang dibina.
Masyarakat Melayu
merupakan masyarakat majoriti terbesar di Malaysia. Secara amnya, kesemua orang
melayu yang memegang kerakyatan Malaysia wajib menganut agama Islam. Masyarakat
Melayu amat terkenal dengan adat resam. Adat Melayu berpegang kepada dua
tonggak utama iaitu adat Temenggung dan adat Pepatih. Adat Temenggung
kebanyakan diamalkan oleh masyarakat melayu di Malaysia dan adat Pepatih pula diamalkan oleh masyarakat melayu di Negeri Sembilan. Antara adat yang
paling unik diamalkan oleh masyarakat Melayu adalah adat perkahwinan Melayu. Keseluruhan
adat yang diikuti oleh masyarakat Melayu adalah merujuk kepada agama Islam
kerana terdapat adat merisik, meminang, akad nikah dan melangsungkan kenduri.
Tujuan kenduri diadakan adalah untuk memberitahu kepada rakyat setempat bahawa
kedua–dua mempelai telahpun di ijabkabul untuk
mengelakkan fitnah. Kesemua adat-adat ini ada sedikit berlaku pencampuran adat
dan kebanyakannya daripada masyarakat India.
Merisik
merupakan satu adat yang dilakukan untuk memastikan gadis yang dilamar masih
belum berpunya. Berpunya merujuk kepada tidak mempunyai sebarang hubungan denga
mana-mana lelaki. Semasa proses merisik, anak dara akan diberikan sebentuk
cincin oleh bakal mertua sebagai tanda setuju untuk menerima lamaran tersebut.
Sekiranya pihak bapa gadis yang dilamar menolak cincin tersebut maka lamaran
tersebut adalah ditolak.
Meminang pula
merujuk kepada proses untuk menanda gadis itu untuk persedian berkahwin dengan
pihak lelaki. Meminang merupakan satu ikatan sebagai satu tanda bahawa gadis
tersebut dalam persediaan untuk dinikahkan. Jadinya, pihak llki lain tidak
boleh meminang beliau kecuali atas kesudian gadis untuk menerima orang lain.
Pada ketika alam pertunangan ini, anak gadis akan memakai sebentuk cincin yang
diberikan oleh pihak lelaki di jari manis tangan kanan beliau.
Akad nikah
pula merupakan satu proses wajib bagi setia umat Islam untuk menjalinkan
hubungan yang sah. Proses ini akan melibatkan bakal isteri, wali iaitu ayah
sebelah gadis, bakal suami dan akad. Keempat-empat elemen ini penting bagi
setiap pasangan. Sekiranya salah satu daripada komponen tersebut tiada, maka
perkahwinan tersebut tidak sah.
Kenduri
pula merupakan satu adat yang dilakukan untuk memberitahu masyarakat
setempat bahawa pasangan tersebut telah disatukan dan akan mngelakkan fitnah.
Semasa kenduri diadakan, adat bersanding akan dijalankan. Bersanding merupakan
adat yang dipinjamkan dari adat masyarakat India.
Perkahwinan dalam
masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar
dalam kehidupan mereka. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, pasangan yang
berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk
perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu perkahwinan yang diatur samada
oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan perkahwinan di mana kedua-dua
lelaki dan perempuan memilih pasangan sendiri. Pada asasnya adat resam
perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang
dan majlis perkahwinan.
Adat merisik dijalankan
untuk mengetahui latar belakang pihak perempuan yang dihajati. Masyarakat
Cina amat mengambil berat tentang nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah
laku pihak perempuan kerana ia penting untuk mewujudkan perkahwinan yang
berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu
bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan
keluarga pihak perempuan. Kedua-dua pihak lelaki dan perempuan akan mengadakan
perbincangan dengan makan bersama. Ini juga daapt megeratkan hubungan kedua
belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara
umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.
Ramai pasangan muda pada masa ini
diberi kebebasan untuk menentukan teman hidup mereka. Namun, masih terdapat
yang meminta jasa ibu bapa atau saudara mara untuk mencari pasangan untuk
mereka. Ketika ibu bapa bakal pengantin lelaki menentukan bakal menantu
perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang bertanggungjawab untuk
mengurangkan konflik serta rasa malu ketika membincangkan kemungkinan
perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau langsung
dikenali.
Hari pertunangan dilakukan
berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran
kedua pasangan tersebut. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang
tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan.
Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk
menunaikan permintaan.
Upacara bertukar cincin dilakukan
mengikut masa yang ditetapkan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan
akan menyerahkan sekeping kertas merah yang tertulis nama gadis, umur dan
tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah kertas merah
diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Kertas merah kepunyaan si
gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama
tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai
berdasarkan kedua-dua kertas merah.
Setelah mendapat tarikh dan masa
yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping kertas merah dan
diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Kertas merah
tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh
kedua bakal pengantin. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara
bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat
perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan.
Di antara hantarannya ialah
sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya
pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin
perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Berserta dengan penghantaran
mas kahwin, keluarga pengantin perempuan akan diberitahu tarikh perkahwinan dan
rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin
besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak
lelaki.
Hari perkahwinan
akan dilangsungkan pada hari yang disetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum
tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga
bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun
dalam seratus hari. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan
lelaki dihias indah. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah
atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana
dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Seterusnya
pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa
itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama.
Mereka akan diiringi oleh pengiring
masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin
yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan
pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki
akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya meminta
restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga,
upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi
masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri.
Adat ini melambangkan penerimaan
pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping
bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini
pasangan pengantin akan memberi teh kepada saudara mara pihak
lelaki. Seterusnya, kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah
pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini akan diadakan secara
besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang
akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin.
Berdasarkan pemahaman responden
iaitu Yeong terhadap perkahwinan bangsa Cina, dia memberitahu bahawa tahap
merisik adalah perlu bagi semua pasangan. Manakala semasa tahap meminang,
pihak perempuan boleh berunding dengan pihak lelaki sekiranya tidak puas hati
dengan jumlah mas kahwin. Segala rundingan akan dijalankan sehingga kedua-dua
pihak berpuas hati. Seterusnya, pasangan pengantin tidak boleh berjumpa sebelum
majis perkahwinan. Semasa majis perkahwinan, saudara mara pasangan pengantin
akan datang menikmati jamuan besar dan memberi doa kepada pasangan
pengantin.
Manakala berdasarkan pemahaman
responden kedua iaitu Tee, dia menyatakan bahawa salah satu adat tradisional
perkahwinan ialah ibu pengantin perempuan akan menyikat rambut pengantin
sebanyak tiga kali sebelum pengantin perempuan dihantar ke rumah pengantin
lelaki. Semasa pengantin perempuan sampai ke rumah pengantin lelaki, haruslah
menjemput seorang lelaki membuka pintu kereta untuk menjemput pengantin
perempuan. Selepas masuk ke dalam rumah pengantin lelaki, sesi memberi teh akan
diadakan bertujuan menunjukkan taat kepada ibu bapa pengantin lelaki dan tanda
sebagai anggota ahli keluarga pengantin lelaki. Seterusnya, budak lelaki yang
berzodiak naga akan disuruh melompat di atas katil baru pasangan pengantin.
Hal ini kerana kaum cina mengutamakan lelaki dan menganggap naga merupakan
zodiak yang bermaksud baik.
Seterusnya, sesi bertunduk akan
diadakan. Pasangan harus bertunduk sebanyak tiga kali. Kali pertama adalah
bertunduk terhadap nenek moyang. Kali kedua adalah bertunduk terhadap ibu bapa
dan kali ketiga adalah pasangan pengantin saling bertunduk. Selain
daripada itu, pasangan pengantin akan membelanja semua saudara mara biskut yang
manis. Tindakan ini membawa maksud semoga hubungan yang manis kepada pasangan
pengantin.
Perkahwinan masyarakat India
biasanya dilaksanakan mengikut beberapa golongan etnik iaitu Tamil, Malayalam,
Telugu, dan sub etnik iaitu Chetti, Mutaliyar, Veelaalar, Teevardan sebagainya
serta status ekonomi, pendeta iaitu Brahmin Gurukkal, Gurukkal, Pandaaram dan
sebagainya. Dalam merisik, beberap aspek perlu diberi perhatian seperti
faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti
status ekonomi dan status sosial yang merangkumi aspek seperti umur, tahap
pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang
keluarga diambilkira.
Bakal pengantin lelaki akan
mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan
perwatakan calon isterinya. Seterusnya
ialah mengkaji keserasian antara
kedua-dua bakal pengantin. Adat
penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal
dijalankan terlebih dahulu. Dalam
ajaran Hindu, tidak terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira
untuk menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan
dimanak Hindu.
Justeru, prosedur ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang kerumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan. Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulanmarrutal.
Adat parisam pula terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan
parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal
daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang
dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan
dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis
pertunangan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran
dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah
bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.
Bagi memulakan
adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian bapa
pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi
kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan
menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada Tuhan. Setelah itu barulah
pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puuranakumbum dengan lebih dekat
lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin perempuan memakai sari parisam
dan dipimpin keluar oleh seorang wanita lain ke ruangtamu. Pada masa ini beberapa orang
saudara-mara boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan.
Ini dikenali sebagai orrai-maalaiataukalungantunggal. Pengiring akan memberikan kad
jemputan kepada kedua-dua pihak pengantin.
Sebelum majlis perkahwinan
berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dijalankan terlebih
dahulu, antaranya ,kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam
perkahwinan masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya
terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu
dengan serbuk kunyit cair sebagai lambing keharmonian.
Adat mukuurtakaal dilakukan
lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Adat mukuurttakaal ini
diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Untuk
menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan
ditebang untuk dijadikan mukurttakaal. Batang pokok tersebut berukuran
dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30
sentimeter. Majlis perkahwinan pula dimulakan dengan upacara niccayam
(ikatjanji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kadundangan
disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi
undangan perkahwinan.
Upacara Kanggenam iaitu
menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit tiga
hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki tidak dibenarkan
keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan. Upacara perkahwinan dilakukan
oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia hingga hari tua.
Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung
cincin.
Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali
yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat
dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingg paras dada. Kedua
mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang
berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin. Selepas
perkahwinan, terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India
selepas berlangsungnya sesuatu perkahwinan.
Antara adat tersebut ialah
pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai
menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin
perempuan selamat igahari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan menghormati
kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.
PEMAKANAN
Makanan masyarakat Melayu ini berasal
dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Negara-negara tersebut
merupakan antara gugusan kepulauan Melayu atau dikenali sebagai Nusantara.
Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan tradisional sendiri.
Sebagai contoh di Malaysia, terdapat pelbagai jenis makanan Melayu iaitu nasi
lemak, rendang, ketupat, lemang, laksa dan sebagainya. Ciri utama masakan
tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus serta santan yang penting
untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Hampir setiap masakan Melayu
dihidang bersama nasi. Nasi merupakan makanan ruji bagi masyarakat Melayu.
Makanan akan dijamah dengan menggunakan tangan kanan. Oleh kerana kebanyakan
orang Melayu beragama Islam, masakan Melayu mengikut hukum diet halal Islam
secara ketat. Pengambilan protein kebanyakannya diambil dari daging lembu,
kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik dan ikan. Makanan yang dimakan oleh
masyarakat Melayu adalah dari sumber yang halal dan bersih.
Nasi lemak sejenis nasi yang dimasak dengan
santan pekat dan merupakan hidangan Melayu paling terkenal yang mudah didapati
di setiap pekan dan kampung Melayu serta dianggap sebagai hidangan kebangsaan
Malaysia. Sir Richard Olof Winstedt telah menulis mengenai nasi lemak di
Malaysia pada tahun 1909 didalam bukunya yang bertajuk “The Circumstances of
Malay Life”. Nasi lemak
biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan goreng, kacang goreng dan
sambal. Tetapi masyarakat Melayu moden telah memodenkan nasi lemak dan boleh
dimakan dengan pelbagai jenis lauk. Antaranya nasi lemak pada zaman sekarang
boleh dimakan bersama ayam, daging dan ikan. Pada masa kini, nasi lemak bukan
sahaja dinikmati pada waktu pagi malahan ia juga boleh dinikmati pada setiap
waktu. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas
dan dijadikan sebagai makanan pilihan warga kota yang sentiasa dalam kesibukan.
Nasi lemak turut dihidangkan di hotel dan restoran mewah di seluruh Malaysia.
Nasi lemak kebanyakannya diletakkan bersama daun pisang. Daun pisang ini
dijadikan sebagai pelapik. Penggunaan daun pisang sama seperti masyarakat
India. Nasi lemak juga dimakan oleh masyarakat Cina dan India.
Lemang merupakan sejenis makanan tradisi
yang disukai ramai. Lemang banyak dimakan semasa hari perayaan. Masyarakat
Melayu menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Selalunya lemang
ini dimakan bersama kuah kacang dan rendang. Lemang juga merupakan makanan
orang asli Negrito yang tinggal di Kelantan. Lemang ini dibuat daripada beras
pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun
pisang sebelum dibakar.
Ketupat merupakan sejenis makanan yang
dihidang daripada nasi atau pulut dan dibungkus dengan dengan daun kelapa dan
direbus. Ketupat ini sangat terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura dan
Brunei. Ketupat juga terdapat pelbagai jenis contohnya ketupat palas, ketupat
nasi dan ketupat pulut. Jenis ketupat ini bergantung kepada bahan dan daun yang
digunakan. Ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan beras pulut sebagai
bahan asas manakala ketupat nasi pula dibuat daripada beras. Ketupat palas
merupakan ketupat yang menggunakan daun palas sebagai pembungkusnya. Biasanya
sarung ketupat palas dianyam terlebih dahulu sebelum memasukan pulut yang telah
dimasak. Daun palas digunakan untuk membalut ketupat pulut manakal daun kelapa
digunakan untuk membalut ketupat nasi. Ketupat biasanya dihidang semasa hari
raya. Selalunya ia akan dimakan bersama rendang, kuah kacang atau dengan
serunding.
Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan Musim
Luruh merupakan perayaan yang menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan
penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan. Kuih bulan juga
dikaitkan dengan Pesta Tanglung namun
ini adalah perayaan berbeza. Perayaan ini biasanya disambut pada akhir bulan
Ogos sehingga akhir bulan September. Pada waktu ini, biasanya bulan akan
mengambang terang. Hal ini mempengaruhi masyarakat Cina untuk meraikan hasil
tuaian musim panas mereka. Kuih bulan ini mempunyai dua lapisan. Iaitu diluarnya kulit manakala
dalamnya adalah inti. Kuih bulan mempunyai inti yang pelbagai. Antaranya ialah inti yang menggunakan
kacang merah berserta telur masin. Antara kuih bulan yang paling mendapat
sambutan adalah kuih bulan yang berintikan telur masin. Semakin lama ia dibiarkan selepas
dibuat, semakin lembutlah
ia. Malah, pemilik kedai
Restoran Hajjah menyatakan bahawa beliau harus menyediakan tempahan kuih bukan
enam bulan lebih awal bagi memastikan tekstur kuih bulannya lebih lembut untuk
dimakan. Dari segi teksturnya pula, ia sangat lembut. Kuih
bulan mempunyai rasa yang lemak manis.
Tujuan membuat kuih Zongzi ini adalah untuk memperingati
‘Qu Yuan’. Hal ini kerana Qu Yuan bertindak membunuh diri di dalam sungai. Seluruh
penduduk kampung di daerah tersebut berasa sangat sedih dengan kehilangan Qu
Yuan. Pada setiap hari kelima di bulan yang kelima, penduduk kampung
tersebut bertindak memasukkan beras didalam buluh lalu dimasukkan ke dalam
sungai sebagai memperingati Qu Yuan. Pada suatu hari, seorang penduduk
kampung tersebut bermimpi Qu Yuan. Beliau
menyatakan bahawa segala makanan yang diberi mereka telah dimakan oleh
ikan-ikan. Bagi mengelakkan hal tersebut berulang, Qu Yuan meminta agar pulut
tersebut dibalut dengan bentuk tanduk di diikat tali bagi mengelakkan dimakan
lagi oleh ikan. Setelah melaksanakan amanat beliau, penduduk tersebut
bermimpi lagi bahawa terdapat segelintir ikan-ikan yang masih lagi
memakannya mungkin akibat bau makanan tersebut. Qu Yuan menyatakan lagi
bahawa ianya dikawal oleh naga.
Oleh itu, penduduk kampung mula
mereka perahu berbentuk
naga. Menerusi lagenda inilah kuih Zong Zi dan juga perahu naga
dicipta. Zongzi mempunyai nama yang berbeza di setiap tempat. Sebagai contoh, kuih ini dikenali sebagai Pya Htote di kawasan Burma yang
berbahasa Burma, Nom Chang di Kemboja dan Machang di negara Filipina. Di
negara Lous dan Thailand pula, kuih ini dikenali sebagai Bchang atau Khanom
Chang manakala di Malaysia, Singapura dan Indonesia pula dikenali sebagai
Bacang, Bak Cang mahupun Zang. Dari segi ciri-ciri kuih ini pula, kuih ini
dibaluti dengan daun. Di dalamnya pula berintikan pulut. Oleh
itu, kuih ini mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan juadah traditional
orang Melayu iaitu ketupat. Kuih ini mempunyai rasa yang berbeza di
setiap daerah. Antara inti Zong Zi adalah kacang hitam, daging,
buah-buahan dan pelbagai lagi.
Kuih
Bakul atau lebih dikenali sebagai Nian
Gao adalah merupakan makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut. Walaupun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih
ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Kuih bakul ini
dipercayai membawa tuah pada masa perayaan Tahun Bru Cina kerana namanya nian gao di mana gao bermaksud kuih dalam nama
kuih ini berbunyi sama seperti perkataan gao bermaksud 'tinggi' melambangkan
erti "semakin tahun semakin tinggi" atau ringkasnya "setahun
lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".
Menurut kepercayaan masyarakat
Cina, ‘Tuhan Dapur’ ialah tuhan yang dilantik oleh Maharaja dari syurga.
Ia berperanan untuk mengawasi tingkah laku manusia di dunia. Kuih bakul
dihasilkan bagi mengelakkan ‘Tuhan Dapur’ daripada melaporkan segala perbuatan
manusia yang tidak baik kepada Maharaja di syurga. Masyarakat Cina akan
menyembah ‘Tuhan Dapur’ dengan menyertakan kuih bakul dalam upacara penyembahan
sebagai pemanis mulut ‘Tuhan Dapur’. Apabila ‘Tuhan Dapur’ diberikan
pemanis mulut iaitu kuih bakul, maka secara tidak langsung ‘Tuhan Dapur’ itu
akan menyampaikan berita baik sahaja kepada Maharaja di syurga.
Kuih bakul ini boleh didapati dalam
dua bentuk sama ada bulat ataupun segi empat. Teksturnya yang melekit itu
membuatkan orang tertarik dalam menikmatinya. Selain itu, bahan-bahan
yang diperlukan dalam membuat kuih ini agak mudah kerana tidak memerlukan bahan
yang pelbagai serta kaedah memasak yang ringkas. Bahan yang diperlukan
dalam membuat kuih bakul adalah teoung pulut, gula, air dan daun pisang. Cara memasaknya pula adalah dengan mengukus selama 18 jam.
Kaum India amat sinonim dengan
makanan yang berasaskan rempah ratus. Pada abad ke 15 masihi rakyat dari negara India giat datang ke tanah Melayu untuk berdagang rempah ratus di sini. Pada
ketika itu India merupakan sebuah negara yang terkenal dengan hasil dagangan
rempah ratus. Kerajaan dari tanah Arab dan Eropah akan datang ke tanah Melayu
untuk mendapatkan rempah ratus. Antara contoh rempah ratus yang wujud pada
ketika itu temasuklah cili, lada hitam, kulit kayu manis, halba dan pelbagai
lagi. Pada masa kini, rempah ratus di dunia telah mencapai pelbagai inovasi
mengikut peredaran masa dan memudahkan lagi penghasilan makanan bagi kaum
India.
Di Malaysia, makanan
masyarakat India turut terhidang kepada masyarakat Melayu dan Cina. Makanan
masyarakat India amat serasi dengan budaya masyarakat di Malaysia kerana boleh
dikakatakan majoriti masyarakat di Malaysia makan makanan yang pedas dan
berempah. Terdapat aneka jenis makanan tradisional masyarakat India di Malaysia
contohnya seperti tosei, nasi beriani, putu mayam dan pelbagai lagi.
Makanan tradisional yang paling
rapat dengan masyarakat Malaysia adalah roti canai. Roti canai mudah di
dapati pada waktu pagi di mana-mana sahaja di Malaysia. Hal ini kerana roti
canai bagaikan makanan bagi setiap bangsa di Malaysia untuk bersarapan pagi.
Makanan yang ditebar cantik pada setiap pagi ini wajib dihidangkan bersama kuah
kari dalca. Mengikut peredaran semasa, roti canai juga kini menerima pelbagai
inovasi dengan kepelgaian cara hidangan dan cara penyediaan kuah yang di makan
bersama.
Seterusnya, makanan tradisional
masyarakat India yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah
“maruku”. Maruku sangat mudah untuk disediakan kerana ianya dihasilkan
daripada adunan tepung beras dan urad. Maruku telah berjaya menambat hati
masyarakat Malaysia sehingga pada perayaan Hari Raya Aidilfitri juga akan
dihidangkan maruku. Asal usulnya adalah dari India Selatan dan cukup terkenal
di Tamil Nadu.
Selain itu, putu mayam juga
merupakan makanan tradisional bagi kaum India. Walau bagaimanapun putu mayam pada
masa kini menjadi makanan yang rutin bagi masyarakat dunia terutamanya di
Indonesia, Sri Lanka, Singapura dan Malaysia. Di Malaysia, putu mayam mudah
didapati di pasar malam dan pasar hari. Ada juga dijual dari rumah ke rumah
dengan menaiki motor. Sekiranya alunan loceng berbunyi di sesebuah kawasan
kampung atau perumahan sudah pasti akan menjadi rebutan ramai.
Pelabagai jenis makanan tradisional
masyarakat India yang cukup popular di Malaysia dan turut dimakan oleh bangsa
lain. Sebagai sebuah negara yang harmoni dengan pelbagai etnik adat dan budaya.
Tidak menjadi masalah untuk kita berkongsi rasa dan budaya kerana kita bernaung
di bawah slogan “1 Malaysia”.
KESIMPULAN
Malaysia
mempamerkan keunikan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum yang
mengamalkan pelbagai budaya dan menganuti pelbagai agama. Kepelbagaian kaum dan etnik wujud kepelbagaian budaya,
bahasa, agama dan adat resam. Walaupun wujud kepelbagaian budaya dan agama, penduduk
Malaysia masih hidup dalam suasana harmoni. Perpaduan dalam kepelbagaian ini
dicerminkan dalam festival-festival atau perayaan-perayaan setiap kaum. Kita
menyambut perayaan dengan kaum-kaum lain melalui amalan ziarah-menziarahi atau
menghadiri rumah terbuka. Selain itu, dengan menjalani kajian ini, kita dapat
memahami adat resam perkahwinan kaum lain dan cara pemakanan setiap kaum.
RUJUKAN
http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.my/2015/02/40-perkahwinan-kaum-india.html
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/3244-perkahwinan-masyarakat-india-.html
Winstedt, R. O., & Winstedt, R. (1909). The
circumstances of Malay life. Ams PressInc.
Betfair Casino Review & Bonus Code for India - JTM Hub
ReplyDeleteBetfair Casino India is a 제주도 출장마사지 great platform for Indian players to bet on games from Betfair in 군산 출장안마 India. The casino offers a 밀양 출장마사지 great 정읍 출장샵 welcome bonus to new players! 울산광역 출장마사지